Search

3 Standard Format Resume Bahasa Melayu yang Anda Perlu Ketahui untuk Pekerjaan di Malaysia

standard format resume bahasa melayu

Mencipta resume yang profesional sebenarnya bukanlah bahagian yang sukar semasa mencari pekerjaan kerana terdapat pelbagai panduan temuduga untuk rujukan anda.

Bahagian yang lebih sukar adalah ketika memutuskan format resume MANA yang sesuai untuk jawatan yang anda mohon. Anda perlukan bantuan? 

Berikut ialah panduan kami tentang standard format resume Bahasa Melayu untuk pekerjaan di Malaysia.

Standard Format Resume Bahasa Melayu Di Malaysia

Standard Format Resume Bahasa Melayu 1: Kronologi

Format resume kronologi ialah format tradisional yang biasa digunakan oleh semua orang. Ia menekankan sejarah perkerjaan anda, menyenaraikan jawatan kerja bermula dengan jawatan terbaharu di atas dan berakhir dengan jawatan yang terawal (kronologi terbalik).

Bilakah perlu menggunakan Format Kronologi?

Jika sejarah pekerjaan anda konsisten dan anda terus maju dalam industri yang sama, format ini sesuai untuk anda. Contohnya, jika anda mempunyai beberapa tahun pengalaman dalam industri/sektor yang sama, ataupun anda mendaki tangga korporat secara konsisten.

Bilakah perlu mengelak daripada menggunakan Format Kronologi?

Format ini paling sesuai untuk pekerjaan dalam industri yang sama/serupa. Jika anda ingin menukar kerjaya, atau mempunyai pengalaman kerja yang tidak konsisten, kami mengesyorkan menggunakan format resume kefungsian atau gabungan.

Apakah yang perlu disertakan dalam Format Kronologi?

Anda harus sertai maklumat hubungan anda, ringkasan resume, pengalaman kerja profesional, kemahiran yang relevan & boleh dipasarkan, serta kelayakan akademik anda.

Pilihan:

Anda boleh sertakan pengalaman sukarela dan minat khusus yang anda miliki.

Standard Format Resume Bahasa Melayu 2: Kefungsian

Format resume kefungsian memfokuskan kepada kemahiran khusus yang relevan dengan jawatan yang dipohon oleh pemohon kerja. 

Pemohon akan mempamerkan ringkasan profesional, kemahiran dan pengalaman kerja mereka amat relevan dengan jawatan sedang dimohon.

Resume kefungsian menyerlahkan kemahiran anda yang boleh dipasarkan SEBELUM pengalaman pekerjaan anda. 

Itulah perbezaan terbesar antara resume kefungsian dan resume kronologi. Pengalaman kerja anda kemudiannya boleh digunakan sebagai contoh kemahiran anda.

Bilakah perlu menggunakan Format Kefungsian?

Jika anda tidak mempunyai rekod pengalaman kerja profesional yang kukuh, atau anda sentiasa menukar kerjaya, maka resume kefungsian mungkin sesuai untuk anda. 

Apabila memohon sebarang jawatan, pastikan anda fokus pada kemahiran utama yang diperlukan oleh majikan.

Bilakah hendak mengelak daripada menggunakan Format Kefungsian?

Sesetengah industri seperti Perakaunan dan Kejuruteraan lebih suka format kronologi. Makai, resume yang memfokuskan pada kemahiran mungkin tidak berkesan. 

Jika anda mempunyai perlbagai campuran pengalaman dan kemahiran, anda harus mempertimbangkan format gabungan.

Apakah yang perlu disertakan dalam Format Kefungsian?

Anda harus sertaikan maklumat hubungan anda, ringkasan resume, kemahiran yang berkaitan dan menyokong mereka dengan pengalaman dan kelayakan anda.

Pilihan:

Anda boleh sertakan pengalaman sukarela dan minat khusus yang anda miliki.

Standard Format Resume Bahasa Melayu 3: Gabungan

Format gabungan menggabungkan kedua-dua format. Format ini berguna untuk mempamerkan ringkasan profesional, pengalaman kerja dan kemahiran menggunakan kaedah kronologi terbalik.

Bilakah perlu menggunakan Resume Gabungan?

Berada di antara format Kronologi dan Fungsian, format gabungan sesuai untuk peralihan kerjaya yang sedikit.

Senario: Anda mungkin mempunyai sedikit pengalaman dalam menguruskan portfolio yang besar tetapi anda masih bukan seorang Senior Associate. 

Format ini boleh membantu untuk menyerlahkan keupayaan anda seperti pengurusan masa & projek, pencapaian jualan dan kemahiran lain yang boleh dipindah milik.

Apakah yang perlu disertakan dalam Resume Gabungan?

Anda harus sertaikan maklumat hubungan anda, ringkasan resume, kemahiran paling relevan untuk jawatan, pencapaian dan pengalaman untuk menyokong kemahiran anda dan kelayakan akademik yang lain.

Formatnya lebih fleksibel dari segi menyenaraikan pengalaman kerja atau kemahiran anda terlebih dahulu. Ia bergantung pada bahagian mana yang lebih sesuai untuk pekerjaan yang dipohon.

Standard Format Resume Bahasa Melayu: Tips

1. Kebolehbacaan Resume Amatlah Penting

Ketahuilah bahawa majikan melalui beberapa resume dalam masa sehari, perkara terakhir yang anda mahukan ialah menghantar resume yang tidak kemas kepada bakal majikan.

Pastikan resume anda dijarakkan dengan kemas, dengan fon yang mudah dibaca seperti Arial, Calibri dan Times New Roman.

2. Mesra ATS

Penggunaan Sistem Pengesanan Pemohon (ATS) semakin popular sejak kebelakangan ini. Pastikan resume anda boleh diproses dengan mudah melalui ATS tanpa ralat kritikal. Cuba gunakan reka letak yang mudah dan kata kunci yang betul dengan berkesan.

3. Kata Kunci Boleh Merealisasikan Impian Anda

Kata kunci yang anda sertakan dalam resume anda memainkan peranan penting dalam melulusi ATS dan meyakinkan bakal majikan untuk menawarkan temu duga kepada anda. 

Anda perlu menyelidik penyiaran kerja, kenal pasti dan masukkan kata kunci yang relevan ke dalam resume anda untuk mendapatkan kelebihan.

4. Peribadikan Resume Anda

Seperti yang dinyatakan, terdapat banyak templat resume di luar sana untuk anda pilih. Walau bagaimanapun, anda perlu menyesuaikan resume anda untuk menonjol daripada RIBUAN templat resume lain di luar sana. Tunjukkan keaslian dan keperibadian anda!

Penutup

Kami berharap bahawa anda telah memahami pelbagai standard format resume Bahasa Melayu untuk pekerjaan di Malaysia

Memandangkan resume anda adalah ringkasan dan lanjutan diri anda, anda harus lebih berusaha dalam mencipta resume yang terbaik untuk mana-mana pekerjaan yang anda mohon.

Bagaimana pula dengan membuat resume video anda sendiri? Sudahkah anda membuat surat permohonan kerja anda? Job Majestic sedia untuk anda setiap langkah.

Leave a Comment

Job Majestic TRAIN

Most Practical Talent Matching Partner in Asia

Experience the future of talent matching with our cutting-edge Talent Relevancy Artificial Intelligence eNgine (TRAIN)

Your dream career starts here!

Job Majestic TRAIN

Most Practical Talent Matching Partner in Asia

Experience the future of talent matching with our cutting-edge Talent Relevancy Artificial Intelligence eNgine (TRAIN)

Your dream career starts here!